Skip to main content

Posts

Showing posts from 2005

Plan for 2006

Hmmm, bercakap mengenai cabaran tahun baru ni, banyak yang boleh dipelajari dari tahun 2005. Aku rasa tahun 2005 sungguh mencabar. Terlalu banyak rintangan yang kami terpaksa tempuhi untuk survive. Banyak projek yang dirancang pada awal tahun 2005 terpaksa ditunda sehingga ke akhir tahun...akibatnya kami terpaksa suffer untuk bertahan. Alhamdullilah, syukur kepada tuhan, kami mampu melayari gelombang yang kami kira sekuat tsunami juga. Bukan calang-calang, kalau bukan pengalaman lalu yang mengajar kami untuk merempuh risiko, aku rasa kami dah lama kecundang. Pengalaman tahun 2005 juga mengajar kami supaya lebih mengenali seseorang itu dengan lebih dekat supaya dapat membezakan antara yang lawan ataupun kawan. Walaupun sesetengahnya amat dikenali namun kita mesti selalu berhati-hati. Banyak juga janji-janji palsu yang kami dengari serta dipelajari supaya boleh ditangani dengan rapi. Hmmm, entahlah, harap-harap di tahun baru nanti tiada kesilapan yang sama diulangi. Sempana tahun...

Tension continue...

I thought after manage to up the editing machine, I can just continue my work....but it happen again. Win Xp Pro crash. It can't boot. It's stall on the very first screen....still no clue. Trying to troubleshoot...my HDD well connected. All cables are tighten. Dunno why the first HDD fail to excute. I think I have to downgrade the OS. Instead of having WINXP PRo, I install Win2000 Pro. So the process quite ok. Nothing weird happen during the installation. The Newtek card also well detected. The drivers runs smooth. VT3 looks much more stable on the new OS. Now, I'm trying to adjust back my old timeline in VTEdit. Actually this software can give u a clue where the previous clips located. So I just open the its internal spreadsheet. Haiiiyooo!....a lot of missing links. Hv to locate one by one. Lucky I already convert the previous file into production format. Hmmm, got a lot of work to do now!!...see ya soon!!!

Tension...Tension!!!

...heiiii, geram betui...dahlah benda ni kena hantar esok...tup-tup pc kena virus + spyware. Yang cilaka tu dia blok semua executable files! Abis aku punya editing dah tergendala. Nak format bunyi mungkin mudah.....tapi nak buat balik setting bukan senang. ...kalau aku pakai common editing software...mungkin tak kisah...tapi yang boleh pecah kepala. Kat Malaysia bukan ramai orang pakai. Newtek Video Toaster mungkn bunyinya agak pelik tetapi software ni dah berada kat market dah lama. Dulu ia hanya jalan kat Amiga je....tapi bila Amiga dah bungkus....Newtek convert software ni ke Windows...tetapi ia tak guna 100% windows kernel sebab more than 60% dia guna software enjin nya sendiri. Kalau nak compare dari segi performance (I mean if u have the right tune-up) berbelas layer dia jalan selamba je!! If berbanding ngan NLE yang lain macam Premiere, Pinnacle, DVstorm, Canopus....aku rasa mudah lagi menggendalikan Toaster yang dikira sebagai up-class dalam NLE. So, kalau aku format bal...

Perfornance Car

Hari ini malas nak tulis apa-apa...but tuan-tuan boleh tengok koleksi kereta terbaru dalam kategori kereta berprestasi tinggi. Prototype Audi ni dipamerkan pada pameran kereta di LA USA. Model Audi A4 ni dah ader kat pasaran,..but yg ni dah modified dengan 400HP! BMW 535 ni di tune oleh HAMANN...kalau kat Malaysia tak lepas ni Antara model terbaru Mitsubishi...nampaknya trend grill depan dah jadi trade mark untuk semua model terbarunya.

Laman feeder kena sabotaj!

Penat betoi aku up kan php sever kat worldfreeweb. Tah apa yang diaorang,..aku punya content abis kena remove. Yang peliknya dengan DNS sekali......geram betoi!! Banyak gambar-gambar yang dah aku upload together ngan story-story mengenai Kg Sadang dan Iskandarian down to the drain. To the administrator u should look and judge before u remove my content. There're nothing but my notalgic dumping bin I through inside it....but u know there are a lot of player like u out there...none of them doing like this.....go to h*@#*.... yr service. I'm starting to relocate my dat to other server...I mean a trusted server. I hv plan to relocate my own server but not at this time...maybe later in January 2006. Hopefully I can create more good content together with valuable information for my kampung. Thank you.

Sooorrry lama tak update!!

Dateline berlambak...risau tak boleh cover. Aku baru je abis edit video hari Q Bomba. Belum sempat nak rehat kena pulak siapkan video koprat Politeknik. Dalam pada tiu projek E-Learning dah bergerak begitu juga dengan projek BTP. Kalau tak salah kira dari akhir bulan September sehingga kini kitaorg dah hit lebih 500K on projek. Dateline suma bulan Disember. Harap-harap paymentpun dapat sebelum akhit tahun ni. Tapi nak organize projek macam ni dengan OPAC yang kecil bukan senang. Kena pinjam sana dan pinjam sini. Silap hari bulan boleh terkehel....but macam kitaorg punya projek kebanyakannya adalah dalam bentuk perkhidmatan. So kami tak menggunakan kos yang terlalu tinggi dan marginpun jauh lebih besar dari trading dan manufacturing. But ader lah jugak drawbacknya....pecah kepala!! Semalam kitaorang dah bincang nak cari investor untuk masuk dalam projek. Ada satu projek tu we hv to upfront banyak jugak. So it's beyond our capacity. Kekalau ada tuan-tuan yang terbaca lama...

Geng Sadang Kat KL

Aku kekadang musykil gak sebab aku dengar ramai yang bermastautin di sini tapi macam tak de. Ramai buat hal masing-masing. Alangkah baiknya jika bulan baik ni kita adakan perjumpaan kat kolumpo ni. So kekawan boleh ler dapat mengetahui perkembangan semasa serta aktiviti sahabat-sahabat. Bukan nak menyibuk tetapi for update only. Manatau kut-kut ader emergency kita boleh meyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Video itu hari aku masih belum ader kesempatan untuk menyuntingnya sebab ader banyak dateline yang lain. Insyaalah once the dateline completed, aku akan upload ke server. For yr info server yang aku selalu update foto tu sedang dalam maintenance, so buat masa ni dia offline, but aku akan cuba cari alterntive yang lain. Ok,,,caiyooo!!.

Nama asal Sadang

Sori sebab tak banyak update recently. Aku ada banyak dateline. Semalam aku baru balik dari Ibu Pejabat Bomba Perlis, Kangar. Bomba merupakan perkhidmatan awam yang terbesar berjaya memperolehi status MS ISO9001-2000. Majlis penganugerahan sijil tersebut akan diadakan pada 22 Nov ini. Aku ke sana sebab nak kumpul maklumat mengenai kronologi jabatan dalam usaha untuk mendapatkan status tersebut. Dalam masa yang sama aku juga kena menyiapkan video koprat Politeknik Por Dickson. Malam tadi aku dan Shahrain dan masukkan footages. Petang ni kena pergi ke sana untuk preview. So, berbalik kepada tajuk kita, aku dah dapat satu source mengenainya, but this is not going to be the real one. Menurut sumber pada masa dulu kampong Sadang mempunyai kawasan sawah yang agak luas. Bagaimanapun kawasan cangkat berhampiran masih belum diterokai. Maka boleh dikatakan kawasan tersebut adalah hutan yang tebal. Menurut sumber, nama Sadang terbit ketika para pesawah padi sedang sibuk mengerjakan benda...

Kenangan Lalu 1

Masa balik raya itu hari, aku dapat gambar ni. Kalau tak silap gambar ni di ambil pada tahun 1979. Masa tu belia Kampong Sadang sangat aktif. Banyak aktiviti dijalankan seperti kelas tuysen, perbahasan, kuiz, projek ladang dan lain-lain. Sebuah mini perpustakaan juga telah diwujudkan pada masa tu. Tapi aku tak berapa ingat gambar ni merujuk kepada aktiviti yang mana satu. So kepada tuan-tuan yang ingat akan event ni...silalah beri komen supaya aku dapat updatekan informasinya.

Selamat Kembali - Kita beraya di KL pula

Hmmm, nasik baik jalan tak jem. Aku ikut jalan lama. Dari kampung aku bertolak lebih kurang pukul 12.30 pm, sampai KL around 5.30pm. Not so bad. So pengalaman beraya di kampung tak berapa banyak. Pada hari pertama, sembahyang raya diimam oleh anak Pak Basir. Selepas sembahyang, kita orang turun minum kat bawah surau. Hmmm, boring gak sebab ramai yang beraya kat tempat lain. Tapi jumpalah gak Abg Tan, JunTabun, Kader Mamak dan Jun Pak Lias. Lepas minum, seperti biasa we round the kampung started from rumah Pak Din Kartun. Kat sana kitaorg tahlil untuk arwah isterinya. After that, terus ke rumah Wak Pah. Kat sana aku ambil shot gambar-gambar lama Wak Samuri, Wak Pah nampak sihat. One, Acid dan Maman tak balik. Selepas ziarah rumah Wak San, we visit rumah Pak Basir. Kat sana jumpa Nik Daud dan Ninuk. So banyak gak rumah we ziarah, ini termasuklah rumah Ninuk, Abg Leman, Man Belalang, Pak Megat, Pak Leman, Pak Usop, Pak Din dan Pak Harun. Pak Harun ngajak ke rumah dia pada raya k...

Geng Sadang - Nostalgia

Haaa, kat di sini sorang bukan orang Sadang Seperti yang telah aku war-warkan tempoh hari, aku dok sedang kumpul gambar-gambar lama. Kalau kome ada good collection untuk dimasukkan dalam halaman ini, sila contact aku atau kita jumpa masa raya nanti. Gambar-gambar lama tu aku kena scan dulu pastu baru aku boleh postkan dalam laman ni.

Abg Tahir kata kita buat perjumpaan di Sadang

Haa, aku try to updated this blog daily, but this could not happen during the festive season. Ok, Abg Tahir kata baik kita buat je perjumpaan kat kampung. At least pada masa tu mungkin ramai yang akan hadir bersembahyang raya. So after sembahyang we can gather somewhere. Haa,...to RANJAURIAN, what are waiting for, get close contact among everybody. For yr info, Key beraya kat Johor tahun ni, Keram kata dia akan balik kejap, Kader mamak lost contact, One pun tak dapat contact, Hassan Mat Ali..ntah,...Jun Tabun...up to now belum lagi dapat....yang lain-lain tu if you wanted to give any ideas,...please share it here. Thank you.

Geng Sadang - Nak buat perjumpaan tak?

Actually plan ni dah dibuat kalau tak silap 5 bulan sudah. Masa tu aku ada presentation kat bangunan PKNP sempena majlis pelancaran Minggu ICT Negeri Perak. So aku sampai di Ipoh pada masa tu agak awal untuk melihat preperation yang telah dibuat oleh pihak penganjur. Setelah berpuas hati dengan prapelancaran majlis itu aku terus balik hotel. After that aku call Key...ajak lepak kat Ipoh. Aku rasa dalam pukul 10pm dia sampai dengan Brahin Ban. Selepas bersembang-sembang dengan diaorang, aku ajak dema minum. Brahin ajak minum kat stadium. So on the way to that place, Brahin kata baik call Jun Tabun. Dia kata Jun tak de masalah kalau ajak keluar malam-malam. Setelah Brahin call, Jun kata ok. Sampai je ke tempat tersebut gerai tu macam dah nak tutup sebab dah lewat. Tapi kita orang tak peduli, selamba masuk dan oder makanan dan minuman. Sebenarnya masa inilah cerita pasal perjumpaan geng Sadang di war-war kan. Brahin propose majlis tu di adakan kat Kuala Selangor. Jun kata goo...

Majlis Titian Kasih - Iskandarian

Tuan-tuan yang ingin hadir ke majlis tersebut dress code adalah BATIK. So satu meja boleh masuk 10 orang. Up to now masih banyak meja yang kosong. I just spoke to the person incharge, he told me that we should reach there half an hour earlie. Kita kena confirmed selewat-lewatnya pada hari Isnin ni 31hb Oktober 2005.

Jemputan Majlis Titian Kasih untuk bekas pelajar ISKANDARIAN

Untuk makluman semua majlis ini diadakan untuk mengumpul dana pembelian buku-buku pusat sumber, bagaimanapun belum sempat majlis diadakan dana yang hendak dikutip telahpun berjaya dikumpulkan. So tuan-tuan semua hanya perlu datang untuk memeriahkan majlis makan malam tersebut pada 5 Nov 2005, jam 8.30pm di Dewan Banquet Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Perasmiannya akan dilakukan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak.....datang jangan tak datang!!

Kesian Proton

Aku terbaca dalam satu blog di mana blog ni membernya selalu menghentam Proton. Macam-macam dia orang kata tentang Proton i.e: keta bodoh, plotong, plotong sucks, proton aka toilet bowl, plotong sux dan lain-lain. Entah macam mana ader satu mamat tu...which aku rasa top officer kat proton telah tak tahan dengan suma tu....so dia pun dengan panjang lebarnya menghuraikan satu persatu permasalahannya sehingga ke isu yang paling hangat kini iaitu AP. So kalau tuan-tuan berminat nak baca sila klik kat sini :.... http://mahalil.worldfreeweb.com/kesian_proton.htm

Politeknik Port Dickson

Hari ini kena pergi shooting katPoliteknik Port Dickson. Ini pertamakali aku buat penggambaran kat luar KL. Projek ini mestin disiapkan sebelum 17 November sebab client akan menyambut Hari Q pada hari tersebut. So semalam skrip dan storyboard telahpun disiapkan untuk tujuan peggambaran hari ini. Pada pagi ini, client akan menggadakan perhimpunan khas pada pukul 8.00 a.m. Jadi kita orang mengambil kesempatan ini mengambil gambar bagi keseluruhan event serta latarbelakang client. So adios.

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor - Part 2

Tempayan yang percayai tersimpan kerongsang emas ikan tapah Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Pertarungan Ayam Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih M...

Asal Nama Negeri Perak Versi 1

Peta Negeri Perak Hikayat Merong Mahawangsa mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak. Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak. Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah c...

Honda Civic Terbaru

Honda Civic Generasi ke-8 Semenjak model civic dilancarkan pada tahun 1972, sebanyak 16 juta buah telahpun terjual di seluruh dunia. Oleh itu civic masih lagi menjadi model benchmark bagi Honda. Bagi model ini, ianya lebih panjang dan lebar serta dijana oleh enjin 1.8 dan 2.0-litre i-VTEC . 'Drive by wire' 5-speed auto merupakan powertrain bagi model ini dan ia juga dilaras oleh sistem linear solenoid control. Model ini dijangka akan memasuki pasaran negara pada suku pertama tahun depan. Buat masa ini Honda Malaysia belum membuat apa-apa kenyataan mengenai harga.

Tahukah anda?

Bendera Negeri Perak Negeri Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi. Jumpaan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu. Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam. Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Jambatan Nordin - Tragedi Aku dan Pekto

Jambatan Nordin ketika air pasang Aku masih ingat peristiwa aku dan man belalang (pekto) terbang kat kg Raja. Sebelum sampai di kampung Raja aku dengan pekto bawak banyak barang termasuk part-part motosikal untuk dibawa ke Parit. Dari rumah kami naik motor Pak Mail....kalau tak silap nombornya AV 1054. Entah macam mana pekto suruh aku bawak, mula-mula tu slow je, maklumlah Pak Mail masa tu tengah dok godek moto orang kat bawah rumah. Lepas corner cik bedah, aku pun pecut. Aku tak ingat masa tu pekto umur brapa, kalau tak silap aku dah abis SPM. Selepas tiba di pekan Tg Blanja aku agak exited tak tahu entah kenapa. Apabila menghampiri jambatan Nordin aku cakap dengan Pekto pegang kuat-kuat sebab nak try terbang (Pangkal jambatan tersebut kalau tak silap kecondongannya dalam 25 atau 30 darjah). So aku apa lagi pulas minyak sampai habis, lagipun aku tak takut motor Pak Mail memang power. Pekto menjerit.....aku dah tak ingat apa-apa selain nak rasa keseronokan untuk terbang,...so aku ma...

Kisah Jambatan Nordin

Semasa Jepun memerintah, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan pekan seberang telah musnah. Apabila Inggeris kembali memerintah, jabatan tersebut telah dibina semula. Jambatan itu kemudiannya dinamakan Jambatan Nordin. Nama Nordin itu diambil sempena nama ADO Parit. Dato' Nordin Wahab yang selepas itu menjadi OBJ Negeri Perak menggantikan bapanya Dato' Wahab atau lebih dikenali sebagai Panlima Bukit Gantang.

Sejarah Parit Versi 2

Pekan Parit ketika dilanda banjir 1971 Daerah Parit telah mendapat nama Parit dari pada serangan Siam ini kerana pada ketika itu Parit telah dibina untuk mengelakkan serangan dan merupakan kubu bagi kerajaan Perak. Kemungkinan pada ketika itu ilham untuk memberi nama kawasan Daerah Parit datang kerana terdapat sebuah parit yang dibina sekitar kubu. Di percayai juga kawasan Parit merupakan kawasan penempatan awal Perak dan juga penduduk asal kawasan Parit Tengah. Ini kerana jika anda ingin mencari penduduk awal Perak anda boleh menjumpainya di Daerah Parit. Di pekan kawasan Parit terdapat satu tugu peringatan merupakan tugu peringatan sempena kemerdekaan dan dibina1957. Ia dibina dari derma warga tempatan.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Honda Sports 4

Model ni adalah untuk Honda Accord Coupe. Kenbanyakan model coupe Accord hanya terdapat di Amerika sahaja. Designnya agak sama dengan Ford Losis yang berbadan tegap serta dinamik. Bentuk dalaman-dashboard ala swan-neck dikekalkan sebagai design untuk alaf terkini.

Section Kg Sadang

...memandangkan banyak info yang perlu dicari dan di gali,...so I need help from u guys out there to fullfill the content and continue to enhance all the features in that particular area.....thank you.

New Audi Sport

Kereta ini menpunyai enjin 3.2 liter V6, 0-100km dalam 6 saat! Dia punyai disc brake pakai ceramic yang tak akan haus.

Pengumuman

Koleksi gambar ni banyak yang dah hilang...so kalau ader kekewan yang hendak hantar gambar-gambar untuk di post...please contact me at 013-6282673 or email at mahalil@asia.com

New Mit. Evo

Aku sebenar selalu pi redah site keta...saja...hobi....tapi itu ari tak sangka leh dapat tengok new evo.....mak hai dia punya design consider revolutionize compare to current version yang dah aging....tak yang siotnya design belakang ader pelik skit....tapi ramai yang kata dari depan ader skit macam RX8.

Koleksi Gambar Raya 2003

Gambar ni ader sikit problem kat lighting....flash tak cukup power. So kalau korang nak tengok all collection ,....kena tunggu jap...aku tengah design satu lagi site untuk picture album. Kalau ader antara member yang nak hantar gambar kat sini u just go to comment...pastu post your words and picture...ok!

Cadangan Perjumpaan Berama-ramai Penduduk Kg Sadang

Berikut adalah senarai mereka yang dapat dijejaki. Din Pak Sahak Tapa Pak Abu - 012-226 3156 Sham Pak Sahak - 019-547 1529 Kintan (Pak Daud) - 019-575 9402 Yut Mat Jawa Jun Pak Lias - 013-525 0809 Alang Kubung Duan Pak Lias - 019-245 3944 Mazlan Pak Yoep - 013-349 5987 Jaapo Ju Pak Yeop - 013-409 8250 Nasho Tan Yeop Lee - 012-540 1192 Kram - 013-394 5105 Cat Yeop Lee Jali Kakang Che Tambi Murad Yas Emi Din - 012-686 2468 Nu - 013-529 6873 Li Wan Meah Duan - 019-286 0806 Ya Wan Meah Icam Aer Tok Yin Jeman - 016-383 5045 Asid Sopi - 013-508 6683 Sam Lee Samuri - 012-562 3075 Aji Tan - 013-276 6558 Musa Wan Nab One - 012-262 9864 Amat Wan Nab - 012-437 6287 Acid - 012-691 4989 Pade Pak Arun Maman - 012-612 6741 Liza Entang Arih Pak Arun - 012-532 9784 Kho Lil Atan Pak Bako Jani Che Aman Zai Pak Bako Emi Che Aman Ya Pak Sudin Nuar Wak San - 012-257 6130 Tapa Pak Sudin Ajak Wak San - 019-249 4701 Mat Nor Jun Pak Pin - 012-521 3561 Atan Cheman Arih Pak Pin - 012-399 7677 Polo Alin Pak Mail P...