Semasa Jepun memerintah, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan pekan seberang telah musnah. Apabila Inggeris kembali memerintah, jabatan tersebut telah dibina semula. Jambatan itu kemudiannya dinamakan Jambatan Nordin. Nama Nordin itu diambil sempena nama ADO Parit. Dato' Nordin Wahab yang selepas itu menjadi OBJ Negeri Perak menggantikan bapanya Dato' Wahab atau lebih dikenali sebagai Panlima Bukit Gantang.
Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.
Comments