Skip to main content

Asal Nama Negeri Perak Versi 1

Peta Negeri Perak


Hikayat Merong Mahawangsa mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'.

Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.


Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris yang berkeliaran di merata perairan Nusantara ini.


Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Politeknik Port Dickson

Hari ini kena pergi shooting katPoliteknik Port Dickson. Ini pertamakali aku buat penggambaran kat luar KL. Projek ini mestin disiapkan sebelum 17 November sebab client akan menyambut Hari Q pada hari tersebut. So semalam skrip dan storyboard telahpun disiapkan untuk tujuan peggambaran hari ini. Pada pagi ini, client akan menggadakan perhimpunan khas pada pukul 8.00 a.m. Jadi kita orang mengambil kesempatan ini mengambil gambar bagi keseluruhan event serta latarbelakang client. So adios.