Skip to main content

Jambatan Nordin - Tragedi Aku dan Pekto

Jambatan Nordin ketika air pasang

Aku masih ingat peristiwa aku dan man belalang (pekto) terbang kat kg Raja. Sebelum sampai di kampung Raja aku dengan pekto bawak banyak barang termasuk part-part motosikal untuk dibawa ke Parit. Dari rumah kami naik motor Pak Mail....kalau tak silap nombornya AV 1054. Entah macam mana pekto suruh aku bawak, mula-mula tu slow je, maklumlah Pak Mail masa tu tengah dok godek moto orang kat bawah rumah. Lepas corner cik bedah, aku pun pecut.
Aku tak ingat masa tu pekto umur brapa, kalau tak silap aku dah abis SPM. Selepas tiba di pekan Tg Blanja aku agak exited tak tahu entah kenapa.
Apabila menghampiri jambatan Nordin aku cakap dengan Pekto pegang kuat-kuat sebab nak try terbang (Pangkal jambatan tersebut kalau tak silap kecondongannya dalam 25 atau 30 darjah). So aku apa lagi pulas minyak sampai habis, lagipun aku tak takut motor Pak Mail memang power.
Pekto menjerit.....aku dah tak ingat apa-apa selain nak rasa keseronokan untuk terbang,...so aku masuk gear dua, pulas minyak kuat-kuat......vrrroooooom!!! Melantun rasanya moto Pak Mail,...Pekto menjerit excited...dooom!! masa touch down tu aku pegang motor kuat-kuat sebab Jabatan Nordin tu papan takut lak tergelincir......woooiiii! best betui, aku dan pekto rasa betui-betui puas hati sebab dapat terbang di Jambatan tu.

Keseronokan tu melalut hingga kat corner kampung Raja. Pada masa dulu corner tu merupakan satu cabaran yang agak besar bagi budak-budak kampung. Dia ada dua corner. Corner yang pertama, dia baring sikit kalau bawak dalam 80km boleh ler rasa pemijak kaki touch kat jalan,...tapi corner yang kedua lagi mencabar sebab jaraknya tak berapa jauh agak berpasir dan curvenya lebih tajam. Aku suruh Pekto pegang kuat-kuat sebab aku takkan kurangkan kelajuan. Tiba je kat corner pertama tu aku condongkan motor dan pegang kemas-kemas,....Pektopun macam tu,..aku pulas minyak dan tengok jalan clear...sreeetttt,.....aku dengar bunyi pemijak kaki terseret kat jalan...aku masih confident.....tetapi bila sampai kat corner kedua aku nampak pasir dah naik ke atas jalan. Aku cuba pegang motor kuat-kuat..cuba control...Pekto dah diam! Sampai je kat situ aku rasa terbang sekali lagi...tetapi kali ni lain pula rasanya. Aku rasa melayang-layang. Aku dah tak ingat kat Pekto. Siku rasa pedih. Boooom!! Rupanya aku dan Pekto terpelanting kat jalan.
Aku cuba bangun,...tapi sebab kaki tersangkut kat motor, aku tak dapat bangun. Nasib baik ada penduduk kampung Raja yang perihatin berlari datang untuk membantu. Aku tak tau keadaan Pekto masa tu. Tapi yang aku ingat kami sibuk mencari piston!! Terkejut beruk orang kampung Raja,..accident sampai tercabut piston!!! Dalam sakit-sakit tu pecah ketawa!! Aku ngan Pekto terpaksa explain kat diaorang.
Selepas pungut semua barang-barang akupun cuba start moto,..bila hidup injin aku dan Pekto pelan-pelan bawak moto ke pekan Parit..........bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.