Semenjak model civic dilancarkan pada tahun 1972, sebanyak 16 juta buah telahpun terjual di seluruh dunia. Oleh itu civic masih lagi menjadi model benchmark bagi Honda. Bagi model ini, ianya lebih panjang dan lebar serta dijana oleh enjin 1.8 dan 2.0-litre i-VTEC . 'Drive by wire' 5-speed auto merupakan powertrain bagi model ini dan ia juga dilaras oleh sistem linear solenoid control. Model ini dijangka akan memasuki pasaran negara pada suku pertama tahun depan. Buat masa ini Honda Malaysia belum membuat apa-apa kenyataan mengenai harga.
Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...
Comments