Skip to main content

Tension...Tension!!!

...heiiii, geram betui...dahlah benda ni kena hantar esok...tup-tup pc kena virus + spyware. Yang cilaka tu dia blok semua executable files! Abis aku punya editing dah tergendala. Nak format bunyi mungkin mudah.....tapi nak buat balik setting bukan senang.

...kalau aku pakai common editing software...mungkin tak kisah...tapi yang boleh pecah kepala. Kat Malaysia bukan ramai orang pakai. Newtek Video Toaster mungkn bunyinya agak pelik tetapi software ni dah berada kat market dah lama. Dulu ia hanya jalan kat Amiga je....tapi bila Amiga dah bungkus....Newtek convert software ni ke Windows...tetapi ia tak guna 100% windows kernel sebab more than 60% dia guna software enjin nya sendiri.

Kalau nak compare dari segi performance (I mean if u have the right tune-up) berbelas layer dia jalan selamba je!! If berbanding ngan NLE yang lain macam Premiere, Pinnacle, DVstorm, Canopus....aku rasa mudah lagi menggendalikan Toaster yang dikira sebagai up-class dalam NLE.

So, kalau aku format balik pc ni...adoiiii...aku kena configure balik stripe harddisk. Sekarang aku ada lima 17GB 15000rpm HDD, dua 40GB baracuda, satu 120GB baracuda dan satu 250GB baracuda. Semua duduk dalam aku punya Dell Precision 630. Walaupun pc nih dah berumur....tapi dah banyak berjasa.

Video fail aku dalam dua tempat...yang paling aku risau Toaster punya fail. Kalau setting tak betul aku mungkin takkan dapat lagi cari semua link yang dibuat untuk video composition. Nasib baik aku belum sempat masuk musik...but VO dah sudah....Itu hari cadang nak pakai suara Tuan Asmawi...but rasanya dah tak sempat sebab esok kena present video kat PD. Sementara nak tunggu windows install...aku relak jap sebab nak kurangkan nervous.

Comments

Popular posts from this blog

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Pengumuman!!

Laman ini mungkin akan menjadi laman secondary sebab laman portal: kg-sadang.decimalp.biz telah selamat dilancarkan. Laman ini dibangunkan dengan menggunakan Open source technology. Keunikan OST ini memberi banyak ruang untuk dikembangkan. Sebenarnya ada banyak enjin portal yang menggunakan OST tetapi tak semua sama dari segi features dan keupayaannya untuk menampung sejumlah data yang besar. Server yang digunakan oleh laman ini mempunyai kapasiti yang besar. Menggunakan Intel Itanium 64bit, sistem operasi Redhat Server Enterprise nampak sangat stabil serta virus free. So kalau kekawan yang dah lawat laman ini, silalah pula melawat laman baru kita iaitu: kg-sadang.decimalp.biz TQ.......adiossss.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.