Skip to main content

Selamat Kembali - Kita beraya di KL pula

Hmmm, nasik baik jalan tak jem. Aku ikut jalan lama. Dari kampung aku bertolak lebih kurang pukul 12.30 pm, sampai KL around 5.30pm. Not so bad. So pengalaman beraya di kampung tak berapa banyak. Pada hari pertama, sembahyang raya diimam oleh anak Pak Basir. Selepas sembahyang, kita orang turun minum kat bawah surau. Hmmm, boring gak sebab ramai yang beraya kat tempat lain. Tapi jumpalah gak Abg Tan, JunTabun, Kader Mamak dan Jun Pak Lias.

Lepas minum, seperti biasa we round the kampung started from rumah Pak Din Kartun. Kat sana kitaorg tahlil untuk arwah isterinya. After that, terus ke rumah Wak Pah. Kat sana aku ambil shot gambar-gambar lama Wak Samuri, Wak Pah nampak sihat. One, Acid dan Maman tak balik. Selepas ziarah rumah Wak San, we visit rumah Pak Basir. Kat sana jumpa Nik Daud dan Ninuk. So banyak gak rumah we ziarah, ini termasuklah rumah Ninuk, Abg Leman, Man Belalang, Pak Megat, Pak Leman, Pak Usop, Pak Din dan Pak Harun. Pak Harun ngajak ke rumah dia pada raya ketiga sebab cucunya nak bertunang. Hmmm, sikit lagi Pak Harun akan moyang la!!!.

Raya kedua aku and family melawat sedara mara. Raya ketiga aku ke Ipoh untuk hadir ke Majlis Titian Kasih anjuran Sekolah Iskandar Shah. Kat sana jumpa ramai old boys. MB rasmikan majlis tersebut. Jumlah kutipan yang dapat dikumpulkan pada malam itu adalah sebanyak RM75,000. Dana itu akan digunakan untuk membangunkan pusat sumber dan juga menambah jumlah komputer peribadi. Majlis tersebut boleh dikatakan sangat berjaya.

Pastu raya keempat aku bersiap untuk balik ke KL. Dalam kepala dah berserabut sebab banyak pending job. Dateline semua Disember. Adoiiii.....raya oh raya.

Pada kekawan kat luar sana, for yr info aku dah dapatkan sikit sebanyak info serta video clip untuk dimasukkan dalam laman ni...so tunggu.....!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Pengumuman!!

Laman ini mungkin akan menjadi laman secondary sebab laman portal: kg-sadang.decimalp.biz telah selamat dilancarkan. Laman ini dibangunkan dengan menggunakan Open source technology. Keunikan OST ini memberi banyak ruang untuk dikembangkan. Sebenarnya ada banyak enjin portal yang menggunakan OST tetapi tak semua sama dari segi features dan keupayaannya untuk menampung sejumlah data yang besar. Server yang digunakan oleh laman ini mempunyai kapasiti yang besar. Menggunakan Intel Itanium 64bit, sistem operasi Redhat Server Enterprise nampak sangat stabil serta virus free. So kalau kekawan yang dah lawat laman ini, silalah pula melawat laman baru kita iaitu: kg-sadang.decimalp.biz TQ.......adiossss.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.