Skip to main content

Nama asal Sadang

Sori sebab tak banyak update recently. Aku ada banyak dateline. Semalam aku baru balik dari Ibu Pejabat Bomba Perlis, Kangar. Bomba merupakan perkhidmatan awam yang terbesar berjaya memperolehi status MS ISO9001-2000. Majlis penganugerahan sijil tersebut akan diadakan pada 22 Nov ini. Aku ke sana sebab nak kumpul maklumat mengenai kronologi jabatan dalam usaha untuk mendapatkan status tersebut.

Dalam masa yang sama aku juga kena menyiapkan video koprat Politeknik Por Dickson. Malam tadi aku dan Shahrain dan masukkan footages. Petang ni kena pergi ke sana untuk preview.

So, berbalik kepada tajuk kita, aku dah dapat satu source mengenainya, but this is not going to be the real one. Menurut sumber pada masa dulu kampong Sadang mempunyai kawasan sawah yang agak luas. Bagaimanapun kawasan cangkat berhampiran masih belum diterokai. Maka boleh dikatakan kawasan tersebut adalah hutan yang tebal.

Menurut sumber, nama Sadang terbit ketika para pesawah padi sedang sibuk mengerjakan bendang. Ketika mereka sedang leka bekerja, entah macam mana salah seorang dari penduduk kampung terlihat kelibat seekor binatang yang hitam dan sangat besar. Dalam keadaan yang kelam kabut dia menjerit sekuat hati dengan berteriak SELADANG!! SELADANG!! SELADANG!! Setelah mendengarkan teriakan tersebut, maka dituruti pula oleh pesawah-pesawah yang lain sehingga riuh rendah bunyinya.

Dalam keaadan hiruk pikuk tersebut, setelah nama seladang diteriak berkali-kali, sebut tersebut berubah menjadi SADANG. Kemungkinan besar intonasi berubah akibat terlalu takut. Jadi nama tersebut telah kekal sehingga kini. Peristiwa tersebut dipercayai berlaku selepas pembukaan beberapa kampung lain di sepanjang sungai Perak pada sekitar 200 hingga 300 tahun dahulu yakni setelah mangkatnya sultan perak yang pertama Sultan Muzzaffar Shah......detail akan bersambung.

Comments

Anonymous said…
Digital Media Geek Dinner in Seattle in December
Sean Alexander and a few other folks are looking to put on a Digital Media / Media Center Geek Dinner sometime after the first week of December at the Crossroads Mall in Bellevue, WA .
Find out how to buy and sell anything, like things related to company construction mn road on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like company construction mn road!

Popular posts from this blog

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Tun Abdul Gaffar Baba Meninggal Dunia

Kesetiaan Ghafar kepada Umno dan negara, boleh dilihat melalui perjalanan kerjaya politiknya. Di sebalik naib presiden paling kanan dalam Umno apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1976, lalu diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Ghafar tidak dilantik sebagai timbalan Perdana menteri. Jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad. Kononnya, ketiadaan kelayakan pendidikan dikatakan menjadi kriteria utama untuk tidak melantik beliau. Ghafar, kalau mahu, boleh menjadikan itu isu dan menarik sokongan kepadanya seperti dilakukan oleh ramai pemimpin politik. Sebaliknya, Allahyarham melepaskan jawatan dalam Kabinet, memberi sokongan padu kepada Hussein dan Dr Mahathir serta tetap menjadi penyokong setia parti. Malah, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bernada protes. Pada 1985, apabila MCA berdepan dengan krisis kepemimpinan paling teruk dalam sejarahnya, Ghafar diminta menyelesaikannya dan beliau diterima oleh masyarak...