Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009

Insyaallah jika tiada halangan kita akan menyambut hari raya pada hari Ahad ini. Aku mungkin balik kampung pada hari Sabtu. Hari Jumaat ni aku balik Bahau. Tahun ni adalah tahun pertama beraya tanpa arwah apak. Pada kekawan yang nak balik tu...berhati-hati di jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum. Seperti biasa, dah hampir 4 tahun tak balik kampung untuk raya ni.  Bukan tak nak balik, tapi sejak jadi AJK Kebajikan Surau, aku kena menguruskan kerja-kerja yang telah dipersetujui dalam mesyuarat AJK. Tahun ni, lima ekor lembu akan dikorbankan.  Jika tiada aral, segalanya akan berlangsung dengan lancar esok.  Lembu pertama akan siap sebelum pukul 11am.  Pada masa tu, batch pertama sup tulang dah boleh dimakan dan dibahagikan.   Menurut statistik penduduk taman pada tahun ni adalah seramai 350 orang dan yang layak terima daging korban adalah seramai lebih kurang 300 orang. Tahun ni pengerusi surau ada kat Mekah, so AJK kena kerja lebih kuat. Oklah....nanti kalau senang aku sambung lagi. 

Kembali Setelah Berehat Hampir 2 Tahun.

Assalamualikum, Pertama, aku nak beritahu sebenarnya aku dah lost password dan username laman ni sebab masa tu aku jadi web master untuk banyak laman web.  Mula-mula aku rasa aku boleh ingatlaman sendiri punya akses, tapi bila dah terlalu lama dan terlalu sibuk, aku jadi lupa./ Dan saat yang paling menyedihkan bila laman "kampungsadang" telah expired, kebetulan lak pada masa tu sibuk dengan hal lain.  Akibatnya domain dan databasenya telah digantung dan dipadamkan. So tinggal sejarah, now, aku akan terus gunakan laman ni untuk update information.  Itu hari Berahin Ban ada bgitau, Cikgu Melukut dan kembali ke Rahmatullah.......Al-Fatihah. Sekian.

Lama tak update

Assalamualaikum......rayapun dah nak abis....aku terkial-kial nak mengabiskan puasa enam. Banyak gak peristiwa suka duka dah berlalu. Itu hari Dol cakap Mak Sopi dah meninggal...pastu adik Key.....Arshadin nak kawin ari minggu ni. Tah sempat tah tidak nak balik ni. Nantilah kalau senang-senang nanti nak update laman ni.....adiooos.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 2006 kepada semua kekawan yang berada di mana sahaja. Pada tahun ini insyaallah kita akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan pada hari Ahad ini. So, kurangkanlah aktiviti yang merugikan serta yang tidak berfaedah....(akupun sama...). Jika umur panjang, tahun ini aku akan beraya kat Bahau, Negeri Sembilan....kalau sempat aku akan balik kampung pada hari raya ke lima atau enam.

Pelan ICT Negeri Perak

....untuk rekod, maklumat ini telah direkodkan pada tahun 2004 . Adalah tidak benar untuk menyatakan Negeri Perak kurang menarik dari segi pelaburan teknologi tinggi. Sehingga kini telahpun terdapat syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang berpengkalan di negeri ini, antaranya seperti Finisar Sdn Bhd, IDS Industries Sdn Bhd, Micromechanic Sdn Bhd, Murata Sdn Bhd yang merupakan pengeluar-pengeluar komponen berteknologi tinggi. Bagaimanapun Kerajaan Negeri mempunyai iktizam untuk meningkatkan daya saing negeri ini sebagai sebuah negeri yang maju dan dengan itu mengorak langkah untuk mengukuhkan industri berteknologi tinggi. Kerajaan Negeri sedar dalam usaha untuk menghadapi cabaran globalisasi penyediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang berkualiti adalah diperlukan. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan penggalakkan pelaburan ke negeri ini sentiasa mengikuti perkembangan negeri-negeri yang lain dan juga negara-negara persaing bagi memastikan negeri Perak di dal...

Nak Citer Skit Pasal Tanjung Malim

Berikut Petikan jawapan daripada soalan Y.B. ENCIK K.R.A. NAIDU (BEHRANG) mengenai pembangunan Daerah Tanjung Malim yang sepatutnya telah pesat membangun. Kerajaan Negeri sedar kepesatan pembangunan yang sedang berlaku di kawasan Tanjong Malim. Malah Kerajaan Negeri juga sedia maklum akan keadaan Bandar Tanjong Malim yang sedikit ketinggalan dari aspek keindahan. Sebagai Pusat Wilayah Lembah Bernam dan Koridor Pembangunan Selatan Negeri Perak serta pintu masuk utama dari selatan ke Negeri Perak (bandar sempadan). Kerajaan Negeri akan mempastikan Bandar Tanjong Malim berubah wajah kepada sebuah bandar yang bersih, ceria dan membangun pesat yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan imej Negeri Perak. Untuk tujuan ini Kerajaan Negeri sedang menimbang satu rancangan pembangunan bersepadu khusus untuk Bandar Tanjong Malim yang melibatkan pelbagai komponen pembangunan. Komponen-komponen pembangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan dan telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia k...

Negeri Perak DiTegur

Patutla Negeri Perak nampak lain je sejak akhir-akhir ni. Kekadang rasa malu lak bila tengok bandar Ipoh atau bandar-bandar lain kat Perak kalau dibandingkan dengan negeri-begeri lain. Lapuran yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara ni betui-betui memalukan anak-anak Perak (termasuk Kedah yang diseneraikan bersama). Kalau tak caya cuba baca skit lapuran ni:.... Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam laporannya menegur perkara itu kerana terlalu kurang aspek penyeliaan projek yang dilaksanakan. Beliau memberi contoh Kedah dan Perak yang gagal memanfaatkan peruntukan dan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan. Walaupun memuji kebanyakan kerajaan negeri kerana berjaya merancang projek dengan baik, beliau kecewa dengan kelemahan itu masih wujud sedangkan ditegur berulang kali. “Ada sedikit perubahan, tapi banyak lagi boleh dibuat sekiranya jabatan berkaitan menggembleng sumber mereka bersama dengan melaksanakan projek sebaik mungkin,” katanya dalam laporannya itu. Ambri...

Foto Malam Iskandarian

Notis Mesyuarat Agung Tahunan ISKANDARIAN 2006

Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2006 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK ISKANDARIAN telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengadakan Majlis Mesyuarat Agung persatuan kali ke-15 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22hb Julai 2006 (Sabtu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Dijemput semua ahli ISKANDARIAN hadir pada Mesyuarat Agung ke-15 nanti. Sekian. moharza@streamyx.com Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Majlis Pelancaran Portal ISKANDARIAN

JEMPUTAN KE MAJLIS MALAM ISKANDARIAN 2006 "APE KHABO KOME" DAN PELANCARAN PORTAL ISKANDARIAN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Adalah saya menulis surat ini adalah untuk menjemput Y.Bhg. sekelian ISKANDARIAN dan seisi keluarga ke Majlis Malam ISKANDARIAN "APE KHABO KOME" seperti berikut: Tarikh : 21 Julai 2006 Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Perdana, Grand Blue Wave, Shah Alam. Majlis Malam ISKANDARIAN 2006 "APE KHABO KOME" adalah di bawah naungan Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Bin Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Beliau dan tetamu-tetamu kehormat yang lain akan turut hadir menjayakannya. Bayaran penyertaan untuk seorang ialah RM60/-. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada jemputan verci cetak. Sekian terima kasih.

Keram tepon pasal Web Ads.

Sebenarnya secara kebetulan je aku terbaca sms keram. Lepas aku minum kat mamak dekat Damansara Height, akupun terus nak pi meeting kat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Sampai je kat BTP, aku pun pi jumpa pegawai yang incharge untuk courseware presentation. So disebabkan ada urgent isu, pegawai yang incharge tak dapat bagi kata putus...dia suruh aku tunggu. So tunggu punya tungga dah hampir satu jam tak muncul-muncul....sebab nak hilangklan boring akupun duduk kat luar opis...cadang nak pi kafe. On the way ke cafe tengok ader msg. Ingatkan msg sapa...rupanya inbox aku dah penuh. So kenalah aku sort out sms. Lama gak sebab aku dah lama tak kemas kini sms. Dalam sibuk dok nak delete sms...aku pon terbaca sms Keram. Tah masa bila dia anto aku pon tak tau....so aku pon balas sms. Ingatkan tak de respon. Dalam 15 minit pastu dia balas dan call. So now the msg well understood. Keram have to provide some information and several graphic or images regarding the product he need to ...

Malam PERAKEAN

Assalamulaikum. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk bersama dalam majlis rasmi PERAKEAN yang diadakan baru-baru ni di ibukota. Majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan Azlan, Nazrin dan Raja diHilir jelas menunjukkan sokongan keluarga ini kepada sebuah persatuan yang rata-rata ahlinya berkedudukan tinggi. Aku berada di sana adalah di atas jemputan seorang sahabat. Kalau tidak kerana jemputan itu mungkin aku tidak akan dapat menghadirkan diri kerana setiap jemputan dikhendaki 'membeli meja' yang berharga paling rendah pada sekitar RM1000. Oleh kerana jarak meja yang aku duduk itu tidak jauh daripada Tuanku, maka amat jelas pandangan yang dapat aku lihat keluarga diraja tersebut. Begitu juga dengan dif-dif kehormat yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang berstatus tinggi. Majlis tersebut antara lain adalah untuk meraikan sempana harijadi tuanku. Antara artis-artis yang hadir termasuk Siti Norhaliza, Azharina dan juga perserta daripada AF3 manakala MC pada malam itu adal...

Pengumpulan maklumat.

Aku sedang berusaha untuk mengumpul maklumat peribadi bagi setiap isirumah yang menetap atau yang pernah menetap di Kampung Sadang. Buat masa ini jangkauan ke arah itu amat terhad. Ini adalah kerana buat masa ni, sumber yang dapat menyumbang tidak dapat mengingati keseluruhan senarai penduduk. Jika ada kekawan yang dapat menyumbang maklumat ini, sekali lagi aku minta supaya pos kan maklumat tersebut di sini. Semoga usaha kita ini kelak akan dapat dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.......adiiiiooos.

Laman SADANG Kembali!!

Assalamualaikum semua. Setelah berhempas pulas selama lebih 2 minggu, laman sadang yang baru berjaya dibangunkan semula. Ada beberapa section yang aku masih mengumpul data sebelum ia bersedia untuk dimasukkan pada laman ni. Untuk perhatian kekawan, laman ni direka dengan lebih kemas dan teratur dari segi script nya serta hirakinya. Oleh itu kekawan akan mendapati laman ni lebih mudah untuk dilayari daripada sebelumnya. So, pengajarannya adalah kita seharusnya bersedia dalam apa jua cara sekali walaupun kita rasa tahap selamat telah kita capai....wallahualam......adiiiioooos. Alamat baru tersebut ialah: kampung-sadang.decimalp.biz

Tun Abdul Gaffar Baba Meninggal Dunia

Kesetiaan Ghafar kepada Umno dan negara, boleh dilihat melalui perjalanan kerjaya politiknya. Di sebalik naib presiden paling kanan dalam Umno apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1976, lalu diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Ghafar tidak dilantik sebagai timbalan Perdana menteri. Jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad. Kononnya, ketiadaan kelayakan pendidikan dikatakan menjadi kriteria utama untuk tidak melantik beliau. Ghafar, kalau mahu, boleh menjadikan itu isu dan menarik sokongan kepadanya seperti dilakukan oleh ramai pemimpin politik. Sebaliknya, Allahyarham melepaskan jawatan dalam Kabinet, memberi sokongan padu kepada Hussein dan Dr Mahathir serta tetap menjadi penyokong setia parti. Malah, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bernada protes. Pada 1985, apabila MCA berdepan dengan krisis kepemimpinan paling teruk dalam sejarahnya, Ghafar diminta menyelesaikannya dan beliau diterima oleh masyarak...

Logo rasmi KG-SADANG

Alhamdullilah, logo ni adapat gak aku siapkan selepas 3 minggu dok termenung memikirkan rekabentuknya. Asas rekabentuk logo ni sebenarnya terletak pada huruf-huruf yang terkandung pada perkataan "kg-sadang". Huruf-huruf ni aku cantum-cantumkan sehingga dapat bentuk asasnya. Pastu aku edit form asasnya dalam flash sebab aku perlu dapatkan grafik vektornya. Setelah selesainya proses tersebut aku pindahkannya ke photoshop. Dalam photoshop aku guna effect asas je. Aku guna Adobe Photoshop 7.0, effect pertama aku gunakan ialah bevel, pastu aku apply satin. Setelah selesai aku adjust warnanya. Dalam pemilihan warna, aku tak gunakan warna asas. Aku adjust warna dengan mengubah hue dan saturation. Selepas mendapat warna yang sesuai aku adjust layernya. Bila semua layer aku dah flatkan, aku save kan dalam bebarapa format seperti psd, jpeg, tga dan png. So kepada kekawan, logo ni akan menjadi icon kepada laman kg-sadang.decimalp.biz. Aku dah pikirkan tentang potensi untuk mempelbagai g...

Pak Sudin Meninggal Dunia

Dol hantar messege pagi tadi kata Pak Sudin telahpun pergi ke rahmatullah. Tidak diketahui butiran yang lain. Aku ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga serta saudara Pak Sudin yang terdekat.......Al-fatihah.

E-Dagang dalam kg-sadang.decimalp.biz

Alhamdullilah, modul e-dagang dapat aku configure dan attach kan pada laman ni. Modul ni antara component yang terbesar dalam laman ni memerlukan banyak input sebelum ianya dapat digunakan sepenuh. Pelbagai setting serta configuration perlu diubahsuai supaya dapat disesuaikan dengan sistem kewangan negara kita. Jual-beli secara terus dalam web memang sudah lama menjadi trend bagi negara-negara maju, bagaimanapun bagi negara kita ia kurang popular sebab kebanyakan daripada pengusaha-pengusahanya kurang mendapat repond daripada pembeli. Bagi pihak pembeli, mereka lebih mementingkan aspek keselamatan. Faktor transaksi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini memang agak meragukan. Sungguhpun telah nyata sistem ini telah dijalankan dengan jayanya oleh syarikat-syarikat besar seperti Dell, Amazon, HP dan lain-lain, bagi kita ia masih dirasakan terlalu advance. Oleh yang demikian, untuk mempastikan keraguan ini adalah suatu metaphora, kita perlu lebih realistik. Aku akan cuba masukkan da...