Skip to main content

Negeri Perak DiTegur

Patutla Negeri Perak nampak lain je sejak akhir-akhir ni. Kekadang rasa malu lak bila tengok bandar Ipoh atau bandar-bandar lain kat Perak kalau dibandingkan dengan negeri-begeri lain.

Lapuran yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara ni betui-betui memalukan anak-anak Perak (termasuk Kedah yang diseneraikan bersama). Kalau tak caya cuba baca skit lapuran ni:....

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam laporannya menegur perkara itu kerana terlalu kurang aspek penyeliaan projek yang dilaksanakan.

Beliau memberi contoh Kedah dan Perak yang gagal memanfaatkan peruntukan dan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Walaupun memuji kebanyakan kerajaan negeri kerana berjaya merancang projek dengan baik, beliau kecewa dengan kelemahan itu masih wujud sedangkan ditegur berulang kali.

“Ada sedikit perubahan, tapi banyak lagi boleh dibuat sekiranya jabatan berkaitan menggembleng sumber mereka bersama dengan melaksanakan projek sebaik mungkin,” katanya dalam laporannya itu.

Ambrin berkata, sesetengah kerajaan negeri bersetuju melakukan perubahan selepas masalah seperti kelewatan dalam pembinaan rumah kos rendah dan kerja pembinaan lain ditegur dalam laporan audit lalu.

“Kita berharap pegawai bertanggungjawab terhadap projek yang diaudit juga akan belajar daripada kesilapan serta memastikan projek dilaksanakan secara cekap,” katanya.

Dalam laporan itu, Ambrin membidas sesetengah kakitangan awam yang bersikap sambil lewa hingga menyebabkan kelewatan projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan, beliau menegaskan masalah itu menyebabkan banyak negeri tidak dapat menghabiskan peruntukan projek dan pembangunan.

Kedah misalnya hanya membelanjakan 32 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan sejak 2001 iaitu menerusi Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) walaupun negeri itu mensasarkan menjadi negeri maju menjelang 2010.

“Daripada keseluruhan 108 projek yang dirancang tahun lalu, 27 projek gagal disiapkan, malah 13 daripadanya belum pun dimulakan.

“Dari segi perbelanjaan pula, negeri itu hanya membelanjakan RM1.1 bilion berbanding RM3.6 bilion yang diluluskan kepada sembilan jabatan kerajaan negeri itu,” katanya.

Di Perak pula, katanya daripada 159 projek yang belum dimulakan, 155 daripadanya terletak dalam bidang kuasa JKR.

Antara punca masalah termasuk pengambilan tanah, keengganan kontraktor menerima kontrak dan pembatalan kontrak, selain pertembungan kuasa antara JKR dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Hmmm....ntah le kome!!

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Politeknik Port Dickson

Hari ini kena pergi shooting katPoliteknik Port Dickson. Ini pertamakali aku buat penggambaran kat luar KL. Projek ini mestin disiapkan sebelum 17 November sebab client akan menyambut Hari Q pada hari tersebut. So semalam skrip dan storyboard telahpun disiapkan untuk tujuan peggambaran hari ini. Pada pagi ini, client akan menggadakan perhimpunan khas pada pukul 8.00 a.m. Jadi kita orang mengambil kesempatan ini mengambil gambar bagi keseluruhan event serta latarbelakang client. So adios.