Berikut Petikan jawapan daripada soalan Y.B. ENCIK K.R.A. NAIDU (BEHRANG) mengenai pembangunan Daerah Tanjung Malim yang sepatutnya telah pesat membangun.
Kerajaan Negeri sedar kepesatan pembangunan yang sedang berlaku di kawasan
Tanjong Malim. Malah Kerajaan Negeri juga sedia maklum akan keadaan Bandar
Tanjong Malim yang sedikit ketinggalan dari aspek keindahan.
Sebagai Pusat Wilayah Lembah Bernam dan Koridor Pembangunan Selatan Negeri Perak serta pintu masuk utama dari selatan ke Negeri Perak (bandar sempadan).
Kerajaan Negeri akan mempastikan Bandar Tanjong Malim berubah wajah kepada sebuah bandar yang bersih, ceria dan membangun pesat yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan imej Negeri Perak.
Untuk tujuan ini Kerajaan Negeri sedang menimbang satu rancangan
pembangunan bersepadu khusus untuk Bandar Tanjong Malim yang melibatkan
pelbagai komponen pembangunan.
Komponen-komponen pembangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan dan telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke 9 adalah seperti berikut:-
(i) Budget hotel dan apartment dengan kos RM 30 juta
(ii) Dataran Malim dengan kos RM 6 juta
(iii) Malim Walk dengan kos RM 4 juta
(iv) Malim Square dengan kos RM 1 juta
(v) Pintu Gerbang Malim dengan kos RM 600 ribu
(vi) Kompleks Sukan Mini Daerah dengan kos RM 20 juta
(vii) Tempat rekreasi Tasik YDP dengan kos RM 10 juta
(viii) Pengindahan Kolam Air Panas, Ulu Slim dengan kos RM 3 juta
(ix) Mengekalkan bangunan-bangunan warisan dan kesan sejarah Perang
Dunia Kedua dengan kos RM 10 juta
Hmmm,...kalau tengokkan jumlahnya agak banyak...tapi sape yang dapat yek?
Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!
Comments