Skip to main content

Pelan ICT Negeri Perak

....untuk rekod, maklumat ini telah direkodkan pada tahun 2004 .

Adalah tidak benar untuk menyatakan Negeri Perak kurang menarik dari segi pelaburan teknologi tinggi. Sehingga kini telahpun terdapat syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang berpengkalan di negeri ini, antaranya seperti Finisar Sdn Bhd, IDS Industries Sdn Bhd, Micromechanic Sdn Bhd, Murata Sdn Bhd yang merupakan pengeluar-pengeluar komponen berteknologi tinggi.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri mempunyai iktizam untuk meningkatkan daya saing negeri ini sebagai sebuah negeri yang maju dan dengan itu mengorak langkah untuk mengukuhkan industri berteknologi tinggi.

Kerajaan Negeri sedar dalam usaha untuk menghadapi cabaran globalisasi penyediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang berkualiti adalah diperlukan. Kerajaan Negeri juga dalam perancangan penggalakkan pelaburan ke negeri ini sentiasa mengikuti perkembangan negeri-negeri yang lain dan juga negara-negara persaing bagi memastikan negeri Perak di dalam aliran yang sama.

Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah mengambil daya usaha untuk mengujudkan persekitaran digital di negeri ini dengan menetapkan koridor infrastruktur berteknologi tinggi.

Salah satu daripada usaha tersebut adalah dengan mewujudkan Perak Techno Business Park (PMTB) yang mempunyai fungsi yang sama sebagaimana sebuah pusat perdagangan antarabangsa.

PMTB merupakan satu usaha ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif dan perangsang awal ke arah industri multimedia, mengembangkan kreativiti dan inovasi serta ke arah penggalakkan pelaburan berteknologi tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi masa depan negeri ini.

Pendekatan yang diambil adalah dengan memusatkan keperluan industri berteraskan infrastruktur berteknologi tinggi di kawasan seluas 230.0 ekar dan menggabungkannya dengan keperluan-keperluan perdagangan yang turut dikenali sebagai PMTB.

Selain dari itu, ia turut menyediakan suasana yang kondusif ke arah sektor perindustrian dan perdagangan dalam lingkungan 25km radius dari kawasan PMTB untuk membolehkan kegiatan 'outsourcing' perkhidmatan berteknologi tinggi dijalankan.

Sebagai sokongan, penyediaan ruang yang kompetitif kepada industri tempatan khususnya SMI menggunakan sepenuhnya perkhidmatan berteknologi tinggi dan multimedia bagi proses pengembangan.

Usaha ini juga diaplikasikan kepada sektor-sektor yang lain termasuk perdagangan, pendidikan dan pelancongan.

PKNPk dalam menilai perkembangan ICT di negara ini, mengenalpasti "creative content industry" sebagai satu sektor yang boleh diberikan tumpuan dengan "niche market" yang tersendiri dan tidak bersaing dengan mana-mana negeri yang lebih maju di bidang ICT. Usaha ini digerakkan dengan mendorong sebahagian daripada kawasan serta bangunan PKNPk yang sedia ada di Bandar Meru Raya dijadikan sebagai asas untuk menggerakkan industri tersebut.

Pada masa yang sama, PKNPk telah mendorong anak syarikatnya PCS yang mempunyai sumber tanah dan mengenalpasti kawasan seluas 230 ekar untuk dijadikan sebagai "creative content hub" dan berharap mendapat pengiktirafan daripada MDC agar ianya menjadi "creative content hub" bagi negara ini.

... Al-kisahpun bermula......

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Geng Sadang Kat KL

Aku kekadang musykil gak sebab aku dengar ramai yang bermastautin di sini tapi macam tak de. Ramai buat hal masing-masing. Alangkah baiknya jika bulan baik ni kita adakan perjumpaan kat kolumpo ni. So kekawan boleh ler dapat mengetahui perkembangan semasa serta aktiviti sahabat-sahabat. Bukan nak menyibuk tetapi for update only. Manatau kut-kut ader emergency kita boleh meyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Video itu hari aku masih belum ader kesempatan untuk menyuntingnya sebab ader banyak dateline yang lain. Insyaalah once the dateline completed, aku akan upload ke server. For yr info server yang aku selalu update foto tu sedang dalam maintenance, so buat masa ni dia offline, but aku akan cuba cari alterntive yang lain. Ok,,,caiyooo!!.