Skip to main content

Malam PERAKEAN

Assalamulaikum. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk bersama dalam majlis rasmi PERAKEAN yang diadakan baru-baru ni di ibukota. Majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan Azlan, Nazrin dan Raja diHilir jelas menunjukkan sokongan keluarga ini kepada sebuah persatuan yang rata-rata ahlinya berkedudukan tinggi.

Aku berada di sana adalah di atas jemputan seorang sahabat. Kalau tidak kerana jemputan itu mungkin aku tidak akan dapat menghadirkan diri kerana setiap jemputan dikhendaki 'membeli meja' yang berharga paling rendah pada sekitar RM1000.

Oleh kerana jarak meja yang aku duduk itu tidak jauh daripada Tuanku, maka amat jelas pandangan yang dapat aku lihat keluarga diraja tersebut. Begitu juga dengan dif-dif kehormat yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang berstatus tinggi.

Majlis tersebut antara lain adalah untuk meraikan sempana harijadi tuanku. Antara artis-artis yang hadir termasuk Siti Norhaliza, Azharina dan juga perserta daripada AF3 manakala MC pada malam itu adalah Zakiah Anas.

Mungkin agak meriah, tapi pada aku yang jarang-jarang dapat masuk ke majlis ini lebih memberi tumpuan kepada gerak laku para vip. Ramai di antara mereka mengambil kesempatan untuk berbincang dan juga bergerak dari meja ke meja untuk beramah mesra.

Agak ramai juga muka-muka yang dikenali turut hadir seperti Tan Sri Mustapa Kamal, Ramli Abbas, Tan Sri Samsuddin, Tun Hanif Omar, Datuk Megat Najmuddin, Datuk Helmi, Datuk Ludin Wok, Datuk Azizuddin, Datuk Aziz Shamsuddin dan ramai lagi.

Kesemua mereka ini adalah anak-anak Perak yang telah dan sedang berjaya di dalam kerjaya masing-masing. So inilah sebenarnya tujuan sahabat yang menjemput Shahrian dan aku untuk hadir. Dia (Mohar) mahu supaya satu portal dibangunkan untuk digunakan sebagai satu alat bagi membolehkan segala maklumat serta aktiviti persatuan dapat dilihat atau diakses secara online.

Pada aku untuk membangunkan enjin portal tersebut tidaklah sukar. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah isi kandungannya. Jika segala informasi dapat diberi, portal tersebut akan dapat berfungsi dengan lebih cepat.

So, aku berterima kasih pada suadara Mohar kerana memberi kesempatan kepada kami untuk sama-sama meraikan majlis yang begitu gemilang yang aku rasa patut dirakamkan pada laman ini. Sekain.....adiiioos.

Comments

Popular posts from this blog

Pengumuman!!

Laman ini mungkin akan menjadi laman secondary sebab laman portal: kg-sadang.decimalp.biz telah selamat dilancarkan. Laman ini dibangunkan dengan menggunakan Open source technology. Keunikan OST ini memberi banyak ruang untuk dikembangkan. Sebenarnya ada banyak enjin portal yang menggunakan OST tetapi tak semua sama dari segi features dan keupayaannya untuk menampung sejumlah data yang besar. Server yang digunakan oleh laman ini mempunyai kapasiti yang besar. Menggunakan Intel Itanium 64bit, sistem operasi Redhat Server Enterprise nampak sangat stabil serta virus free. So kalau kekawan yang dah lawat laman ini, silalah pula melawat laman baru kita iaitu: kg-sadang.decimalp.biz TQ.......adiossss.

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.