Skip to main content

Tun Abdul Gaffar Baba Meninggal Dunia



Kesetiaan Ghafar kepada Umno dan negara, boleh dilihat melalui perjalanan kerjaya politiknya. Di sebalik naib presiden paling kanan dalam Umno apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1976, lalu diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Ghafar tidak dilantik sebagai timbalan Perdana menteri. Jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Kononnya, ketiadaan kelayakan pendidikan dikatakan menjadi kriteria utama untuk tidak melantik beliau. Ghafar, kalau mahu, boleh menjadikan itu isu dan menarik sokongan kepadanya seperti dilakukan oleh ramai pemimpin politik.

Sebaliknya, Allahyarham melepaskan jawatan dalam Kabinet, memberi sokongan padu kepada Hussein dan Dr Mahathir serta tetap menjadi penyokong setia parti. Malah, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bernada protes.

Pada 1985, apabila MCA berdepan dengan krisis kepemimpinan paling teruk dalam sejarahnya, Ghafar diminta menyelesaikannya dan beliau diterima oleh masyarakat Cina untuk sementara waktu mempengerusikan urusan dan menyelesaikan sebarang masalah dalam parti itu.

Setahun selepas itu, apabila Datuk (kini Tan Sri) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang menyebabkan Umno dilanda krisis, Ghafar sekali lagi diminta meninggalkan urusan perniagaannya dan berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tanpa banyak cakap, beliau menerima amanah itu.

Apabila Umno diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi pada 1987 dan kebanyakan orang kuat parti itu keluar untuk menubuhkan kumpulan alternatif, Ghafar teguh berdiri di belakang Dr Mahathir, membina semula Umno daripada keadaan yang hampir berkecai. Beliau mengetuai kempen dalam pelbagai pilihan raya kecil menentang bekas pemimpin Umno ketika itu, sekali gus memastikan survival Umno.

Pada 1990, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) di mana Ghafar adalah setiausaha agungnya yang pertama dan paling lama, untuk menyokong pembangkang menjelang pilihan raya, Allahyarham diberikan kepercayaan untuk membina Umno di negeri itu.

Beliau berjaya meyakinkan rakan lamanya, Tun Datu Mustapha Harun untuk membubarkan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), yang menjadi asas penubuhan Umno di negeri itu. Hari ini, Umno adalah menjadi parti politik paling kuat di negeri itu dan membantu Sabah menikmati kestabilan politik yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Ketika kerajaan menghadapi masalah dengan Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan terburuk pada 1992, Ghafar sekali lagi, dengan kemampuan dan pendekatan lembutnya walaupun ketika berdepan dengan lawan paling keras, memainkan peranan menyelesaikan masalah itu.

Banyak pihak yang mengaku memainkan peranan penting dalam semua peristiwa ini tetapi hakikatnya ialah Ghafar, sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, diberi kepercayaan penuh oleh ketuanya, Dr Mahathir, untuk menyelesaikannya.

Tidak seperti pemimpin seangkatannya ketika itu yang kandang kala agak kasar atau suka menunjuk-nunjuk, Ghafar kelihatan melakukannya dengan mudah. Ini kerana beliau mendapat kepercayaan mereka yang berurusan dengannya dan beliau tidak mempunyai agenda tersendiri, hanya agenda bangsa.

Barangkali, perkara paling buruk dialami Allahyarham ialah pada 1993 apabila mereka yang beliau asuh dan didik berpaling tadah menentangnya untuk mendapatkan kuasa dalam kempen yang dianggap terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

Ia adalah pada tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk mencabar Tun Ghafar bagi jawatan Timbalan Presiden Umno. Tidak ramai yang tahu ketika itu Ghafar dua kali menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk mengelakkan perpecahan dalam parti tetapi tawarannya ditolak.

Akhirnya, berlakulah kempen paling sengit yang menyaksikan Ghafar diserang dan dicemuh sama ada secara terbuka atau melalui media oleh mereka yang memihak kepada Anwar.

Begitupun Ghafar tidak pernah pernah menunjukkan rasa dendam atau marah kepada mereka yang mengaibkannya itu. Beliau hanya sedih dan musykil apakah dosanya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.

Allahyarham adalah seorang yang pemaaf, bukannya pendendam. Dalam kata lain, beliau ialah seorang Melayu budiman dengan cara lama, sifat yang semakin berkurangan sekarang.

Beliau memaafkan musuh dan pengkritiknya dengan mengawal kemarahan supaya tidak meluahkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati orang atau beliau sendiri dikesalinya nanti.

Pada 1995, apabila Ghafar semakin dilupai, kerajaan berhasrat memberi penghormatan kepadanya dan berusaha memujuknya supaya menerima anugerah tertinggi negara, Seri Setia Mahkota (SSM) daripada Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran ‘Tun’.

Beliau, yang masih tersinggung dengan peristiwa 1993, tidak menjawab panggilan dan lawatan pegawai daripada Pejabat Dr Mahathir. Setelah dipujuk oleh rakan rapatnya Ghafar kembali lembut - menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno - dan bersetuju menemui Mohamed. Walaupun terkilan dengan apa yang dilakukan terhadapnya, Allahyarham tidak sekali-kali menunjukkan rasa marah.

Ghafar bersetuju untuk berjumpa Dr Mahathir dan akhirnya menerima anugerah itu. Allahyarham menerimanya bukan kerana hendakkan gelaran, tetapi mahu mengurangkan rasa bersalah mereka yang menikamnya dari belakang pada 1993. Beliau mahu penerimaan anugerah itu menjadi penutup kepada apa yang berlaku.

Sepanjang 66 tahun menjadi sebahagian daripada perjuangan mencapai kemerdekaan dan 55 tahun menyertai Umno, Ghafar tidak sekali-kali menentang kerajaan atau partinya. Kesetiaan dan semangat patriotiknya kekal sehingga akhir hayat. Negara kehilangan seorang negarawan terulung. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Cadangan Perjumpaan Berama-ramai Penduduk Kg Sadang

Berikut adalah senarai mereka yang dapat dijejaki. Din Pak Sahak Tapa Pak Abu - 012-226 3156 Sham Pak Sahak - 019-547 1529 Kintan (Pak Daud) - 019-575 9402 Yut Mat Jawa Jun Pak Lias - 013-525 0809 Alang Kubung Duan Pak Lias - 019-245 3944 Mazlan Pak Yoep - 013-349 5987 Jaapo Ju Pak Yeop - 013-409 8250 Nasho Tan Yeop Lee - 012-540 1192 Kram - 013-394 5105 Cat Yeop Lee Jali Kakang Che Tambi Murad Yas Emi Din - 012-686 2468 Nu - 013-529 6873 Li Wan Meah Duan - 019-286 0806 Ya Wan Meah Icam Aer Tok Yin Jeman - 016-383 5045 Asid Sopi - 013-508 6683 Sam Lee Samuri - 012-562 3075 Aji Tan - 013-276 6558 Musa Wan Nab One - 012-262 9864 Amat Wan Nab - 012-437 6287 Acid - 012-691 4989 Pade Pak Arun Maman - 012-612 6741 Liza Entang Arih Pak Arun - 012-532 9784 Kho Lil Atan Pak Bako Jani Che Aman Zai Pak Bako Emi Che Aman Ya Pak Sudin Nuar Wak San - 012-257 6130 Tapa Pak Sudin Ajak Wak San - 019-249 4701 Mat Nor Jun Pak Pin - 012-521 3561 Atan Cheman Arih Pak Pin - 012-399 7677 Polo Alin Pak Mail P...