Skip to main content

Kawan lama

Saja nak citer skit...., semalam kawan lama aku masa form 6 dulu tepon. Surprise gak sebab dah lama lost contact....nak tepon tak boleh....email dia dah tukar. So semalam citer panjang skit. Dia kata hidup di perantauan memang perit,...banyak pengalaman yang pahit terpaksa ditelan.

Aku pun beritahu dia gak....kat Malaysiapun sekarang bukan macam dulu...kos sara hidup melonjak tinggi. Kadar inflasi meningkat...hampir semua harga barang naik...cuma harga keta je yang turun baru-baru ni. So kalau plan nak balik,..aku cakap kat dia jangan terlalu berharap untuk berjaya bukak bisnes kat sini...make sure gain all knowledge and know how dengan segala expertise yang telah dipelajari kat sana disamping mengumpul duit sebanyak mungkin...barulah buat perhintungan untuk balik.

Kalau tak de modal...make sure kita ada expertise yang orang lain susah nak compete. Kalau ada modal...make sure tak kena tipu...sebab penipu bersepah kat negara sekarang ni. Depa sanggup buat apa saja asal lepas diri sendiri...orang lain depa tak peduli. Kalau jatuh ditimpa tangga...kalau nak bangun diri sendirilah yang akan menanggungnya. Begitulah keadaannya sekarang. Itu sebab kalau kita tengok banyak kenduri kendara kat kampung....kendaranya terletak kat bahu tuan rumah....sikap perihatin dan gotong royong makin terhakis. Mahu tak mahu trend buffet terpaksa dilaksanakan.

Masyarakat kini jauh bezanya dengan masyarakat masa dulu. So aku bagitau dia fikir masak-masak kalau nak balik. Walaupun wife dia bergaji besar...takkan nak menempek lak. Kena buat sesuatu.

Setelah bersembang agak panjang akhirnya dia mendengar nasihat aku. Masa tu kat Ohio baru pukul 10pm......adiossss.

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Abg Tahir kata kita buat perjumpaan di Sadang

Haa, aku try to updated this blog daily, but this could not happen during the festive season. Ok, Abg Tahir kata baik kita buat je perjumpaan kat kampung. At least pada masa tu mungkin ramai yang akan hadir bersembahyang raya. So after sembahyang we can gather somewhere. Haa,...to RANJAURIAN, what are waiting for, get close contact among everybody. For yr info, Key beraya kat Johor tahun ni, Keram kata dia akan balik kejap, Kader mamak lost contact, One pun tak dapat contact, Hassan Mat Ali..ntah,...Jun Tabun...up to now belum lagi dapat....yang lain-lain tu if you wanted to give any ideas,...please share it here. Thank you.

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!