Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2005

Geng Sadang - Nostalgia

Haaa, kat di sini sorang bukan orang Sadang Seperti yang telah aku war-warkan tempoh hari, aku dok sedang kumpul gambar-gambar lama. Kalau kome ada good collection untuk dimasukkan dalam halaman ini, sila contact aku atau kita jumpa masa raya nanti. Gambar-gambar lama tu aku kena scan dulu pastu baru aku boleh postkan dalam laman ni.

Abg Tahir kata kita buat perjumpaan di Sadang

Haa, aku try to updated this blog daily, but this could not happen during the festive season. Ok, Abg Tahir kata baik kita buat je perjumpaan kat kampung. At least pada masa tu mungkin ramai yang akan hadir bersembahyang raya. So after sembahyang we can gather somewhere. Haa,...to RANJAURIAN, what are waiting for, get close contact among everybody. For yr info, Key beraya kat Johor tahun ni, Keram kata dia akan balik kejap, Kader mamak lost contact, One pun tak dapat contact, Hassan Mat Ali..ntah,...Jun Tabun...up to now belum lagi dapat....yang lain-lain tu if you wanted to give any ideas,...please share it here. Thank you.

Geng Sadang - Nak buat perjumpaan tak?

Actually plan ni dah dibuat kalau tak silap 5 bulan sudah. Masa tu aku ada presentation kat bangunan PKNP sempena majlis pelancaran Minggu ICT Negeri Perak. So aku sampai di Ipoh pada masa tu agak awal untuk melihat preperation yang telah dibuat oleh pihak penganjur. Setelah berpuas hati dengan prapelancaran majlis itu aku terus balik hotel. After that aku call Key...ajak lepak kat Ipoh. Aku rasa dalam pukul 10pm dia sampai dengan Brahin Ban. Selepas bersembang-sembang dengan diaorang, aku ajak dema minum. Brahin ajak minum kat stadium. So on the way to that place, Brahin kata baik call Jun Tabun. Dia kata Jun tak de masalah kalau ajak keluar malam-malam. Setelah Brahin call, Jun kata ok. Sampai je ke tempat tersebut gerai tu macam dah nak tutup sebab dah lewat. Tapi kita orang tak peduli, selamba masuk dan oder makanan dan minuman. Sebenarnya masa inilah cerita pasal perjumpaan geng Sadang di war-war kan. Brahin propose majlis tu di adakan kat Kuala Selangor. Jun kata goo...

Majlis Titian Kasih - Iskandarian

Tuan-tuan yang ingin hadir ke majlis tersebut dress code adalah BATIK. So satu meja boleh masuk 10 orang. Up to now masih banyak meja yang kosong. I just spoke to the person incharge, he told me that we should reach there half an hour earlie. Kita kena confirmed selewat-lewatnya pada hari Isnin ni 31hb Oktober 2005.

Jemputan Majlis Titian Kasih untuk bekas pelajar ISKANDARIAN

Untuk makluman semua majlis ini diadakan untuk mengumpul dana pembelian buku-buku pusat sumber, bagaimanapun belum sempat majlis diadakan dana yang hendak dikutip telahpun berjaya dikumpulkan. So tuan-tuan semua hanya perlu datang untuk memeriahkan majlis makan malam tersebut pada 5 Nov 2005, jam 8.30pm di Dewan Banquet Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Perasmiannya akan dilakukan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak.....datang jangan tak datang!!

Kesian Proton

Aku terbaca dalam satu blog di mana blog ni membernya selalu menghentam Proton. Macam-macam dia orang kata tentang Proton i.e: keta bodoh, plotong, plotong sucks, proton aka toilet bowl, plotong sux dan lain-lain. Entah macam mana ader satu mamat tu...which aku rasa top officer kat proton telah tak tahan dengan suma tu....so dia pun dengan panjang lebarnya menghuraikan satu persatu permasalahannya sehingga ke isu yang paling hangat kini iaitu AP. So kalau tuan-tuan berminat nak baca sila klik kat sini :.... http://mahalil.worldfreeweb.com/kesian_proton.htm

Politeknik Port Dickson

Hari ini kena pergi shooting katPoliteknik Port Dickson. Ini pertamakali aku buat penggambaran kat luar KL. Projek ini mestin disiapkan sebelum 17 November sebab client akan menyambut Hari Q pada hari tersebut. So semalam skrip dan storyboard telahpun disiapkan untuk tujuan peggambaran hari ini. Pada pagi ini, client akan menggadakan perhimpunan khas pada pukul 8.00 a.m. Jadi kita orang mengambil kesempatan ini mengambil gambar bagi keseluruhan event serta latarbelakang client. So adios.

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor - Part 2

Tempayan yang percayai tersimpan kerongsang emas ikan tapah Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Pertarungan Ayam Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih M...

Asal Nama Negeri Perak Versi 1

Peta Negeri Perak Hikayat Merong Mahawangsa mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak. Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak. Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah c...

Honda Civic Terbaru

Honda Civic Generasi ke-8 Semenjak model civic dilancarkan pada tahun 1972, sebanyak 16 juta buah telahpun terjual di seluruh dunia. Oleh itu civic masih lagi menjadi model benchmark bagi Honda. Bagi model ini, ianya lebih panjang dan lebar serta dijana oleh enjin 1.8 dan 2.0-litre i-VTEC . 'Drive by wire' 5-speed auto merupakan powertrain bagi model ini dan ia juga dilaras oleh sistem linear solenoid control. Model ini dijangka akan memasuki pasaran negara pada suku pertama tahun depan. Buat masa ini Honda Malaysia belum membuat apa-apa kenyataan mengenai harga.

Tahukah anda?

Bendera Negeri Perak Negeri Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi. Jumpaan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu. Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam. Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Jambatan Nordin - Tragedi Aku dan Pekto

Jambatan Nordin ketika air pasang Aku masih ingat peristiwa aku dan man belalang (pekto) terbang kat kg Raja. Sebelum sampai di kampung Raja aku dengan pekto bawak banyak barang termasuk part-part motosikal untuk dibawa ke Parit. Dari rumah kami naik motor Pak Mail....kalau tak silap nombornya AV 1054. Entah macam mana pekto suruh aku bawak, mula-mula tu slow je, maklumlah Pak Mail masa tu tengah dok godek moto orang kat bawah rumah. Lepas corner cik bedah, aku pun pecut. Aku tak ingat masa tu pekto umur brapa, kalau tak silap aku dah abis SPM. Selepas tiba di pekan Tg Blanja aku agak exited tak tahu entah kenapa. Apabila menghampiri jambatan Nordin aku cakap dengan Pekto pegang kuat-kuat sebab nak try terbang (Pangkal jambatan tersebut kalau tak silap kecondongannya dalam 25 atau 30 darjah). So aku apa lagi pulas minyak sampai habis, lagipun aku tak takut motor Pak Mail memang power. Pekto menjerit.....aku dah tak ingat apa-apa selain nak rasa keseronokan untuk terbang,...so aku ma...

Kisah Jambatan Nordin

Semasa Jepun memerintah, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan pekan seberang telah musnah. Apabila Inggeris kembali memerintah, jabatan tersebut telah dibina semula. Jambatan itu kemudiannya dinamakan Jambatan Nordin. Nama Nordin itu diambil sempena nama ADO Parit. Dato' Nordin Wahab yang selepas itu menjadi OBJ Negeri Perak menggantikan bapanya Dato' Wahab atau lebih dikenali sebagai Panlima Bukit Gantang.

Sejarah Parit Versi 2

Pekan Parit ketika dilanda banjir 1971 Daerah Parit telah mendapat nama Parit dari pada serangan Siam ini kerana pada ketika itu Parit telah dibina untuk mengelakkan serangan dan merupakan kubu bagi kerajaan Perak. Kemungkinan pada ketika itu ilham untuk memberi nama kawasan Daerah Parit datang kerana terdapat sebuah parit yang dibina sekitar kubu. Di percayai juga kawasan Parit merupakan kawasan penempatan awal Perak dan juga penduduk asal kawasan Parit Tengah. Ini kerana jika anda ingin mencari penduduk awal Perak anda boleh menjumpainya di Daerah Parit. Di pekan kawasan Parit terdapat satu tugu peringatan merupakan tugu peringatan sempena kemerdekaan dan dibina1957. Ia dibina dari derma warga tempatan.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Honda Sports 4

Model ni adalah untuk Honda Accord Coupe. Kenbanyakan model coupe Accord hanya terdapat di Amerika sahaja. Designnya agak sama dengan Ford Losis yang berbadan tegap serta dinamik. Bentuk dalaman-dashboard ala swan-neck dikekalkan sebagai design untuk alaf terkini.

Section Kg Sadang

...memandangkan banyak info yang perlu dicari dan di gali,...so I need help from u guys out there to fullfill the content and continue to enhance all the features in that particular area.....thank you.

New Audi Sport

Kereta ini menpunyai enjin 3.2 liter V6, 0-100km dalam 6 saat! Dia punyai disc brake pakai ceramic yang tak akan haus.

Pengumuman

Koleksi gambar ni banyak yang dah hilang...so kalau ader kekewan yang hendak hantar gambar-gambar untuk di post...please contact me at 013-6282673 or email at mahalil@asia.com

New Mit. Evo

Aku sebenar selalu pi redah site keta...saja...hobi....tapi itu ari tak sangka leh dapat tengok new evo.....mak hai dia punya design consider revolutionize compare to current version yang dah aging....tak yang siotnya design belakang ader pelik skit....tapi ramai yang kata dari depan ader skit macam RX8.

Koleksi Gambar Raya 2003

Gambar ni ader sikit problem kat lighting....flash tak cukup power. So kalau korang nak tengok all collection ,....kena tunggu jap...aku tengah design satu lagi site untuk picture album. Kalau ader antara member yang nak hantar gambar kat sini u just go to comment...pastu post your words and picture...ok!

Cadangan Perjumpaan Berama-ramai Penduduk Kg Sadang

Berikut adalah senarai mereka yang dapat dijejaki. Din Pak Sahak Tapa Pak Abu - 012-226 3156 Sham Pak Sahak - 019-547 1529 Kintan (Pak Daud) - 019-575 9402 Yut Mat Jawa Jun Pak Lias - 013-525 0809 Alang Kubung Duan Pak Lias - 019-245 3944 Mazlan Pak Yoep - 013-349 5987 Jaapo Ju Pak Yeop - 013-409 8250 Nasho Tan Yeop Lee - 012-540 1192 Kram - 013-394 5105 Cat Yeop Lee Jali Kakang Che Tambi Murad Yas Emi Din - 012-686 2468 Nu - 013-529 6873 Li Wan Meah Duan - 019-286 0806 Ya Wan Meah Icam Aer Tok Yin Jeman - 016-383 5045 Asid Sopi - 013-508 6683 Sam Lee Samuri - 012-562 3075 Aji Tan - 013-276 6558 Musa Wan Nab One - 012-262 9864 Amat Wan Nab - 012-437 6287 Acid - 012-691 4989 Pade Pak Arun Maman - 012-612 6741 Liza Entang Arih Pak Arun - 012-532 9784 Kho Lil Atan Pak Bako Jani Che Aman Zai Pak Bako Emi Che Aman Ya Pak Sudin Nuar Wak San - 012-257 6130 Tapa Pak Sudin Ajak Wak San - 019-249 4701 Mat Nor Jun Pak Pin - 012-521 3561 Atan Cheman Arih Pak Pin - 012-399 7677 Polo Alin Pak Mail P...