Skip to main content

E-Dagang dalam kg-sadang.decimalp.biz

Alhamdullilah, modul e-dagang dapat aku configure dan attach kan pada laman ni. Modul ni antara component yang terbesar dalam laman ni memerlukan banyak input sebelum ianya dapat digunakan sepenuh.

Pelbagai setting serta configuration perlu diubahsuai supaya dapat disesuaikan dengan sistem kewangan negara kita. Jual-beli secara terus dalam web memang sudah lama menjadi trend bagi negara-negara maju, bagaimanapun bagi negara kita ia kurang popular sebab kebanyakan daripada pengusaha-pengusahanya kurang mendapat repond daripada pembeli.

Bagi pihak pembeli, mereka lebih mementingkan aspek keselamatan. Faktor transaksi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini memang agak meragukan. Sungguhpun telah nyata sistem ini telah dijalankan dengan jayanya oleh syarikat-syarikat besar seperti Dell, Amazon, HP dan lain-lain, bagi kita ia masih dirasakan terlalu advance.

Oleh yang demikian, untuk mempastikan keraguan ini adalah suatu metaphora, kita perlu lebih realistik. Aku akan cuba masukkan dahulu satu atau dua jenis produk. Selepas itu aku akan periksa dengan teliti arah transaksinya. Jika ia benar-benar selamat, aku akan umumkannya kemudian. Sekian.....adiooooos!!

Comments

Anonymous said…
Aku selalu dengar orang kata kita boleh buat duit dengan internet. Tapi setakat ini aku masih belum mengkajinya. Ini adalah disebabkan pengetahuan aku tentang internet agak terbatas. Yang aku tau cuma nak cari bahan untuk buat assignment( copy and paste) dan send/receive email...itu saja ,... kadang2 tu cahtting...ha ha.
So mungkin kita boleh berkongsi idea dan pendapat mengenai "Internet dan Menambah Pendapatan"

Asid Dol....
Anonymous said…
correction....

Chatting la not cahtting...
Anonymous said…
aaaa,...buleh...sebenarnya memang ramai yang success guna internet sebagai 'kedai virtual' dengan jayanya....bagaimanapun teknik pengiklanan perlu difahami dengan betul.

Dalam internet, penyebaran maklumat banyak bergantung kepada kaedah pengiklanan. So kita mesti mempastikan bahawa produk atau perkhidmatan yang hendak kita jual itu akan benar-benar menarik perhatian pengguna.

Faktor harga agak secondary. Jika produk atau perkhidmatan kita unik, pengguna tidak akan teragak-agak untuk melanggan atau membeli.....hmmm...setakat ni dulu...butiran teknikalnya tak dapat nak dihuraikan sekarang....bila ada masa nanti aku akan sambung.....

Oh..ya....laman kg-sadang.decimalp.biz telahpun diperbaharui.....sila lawati laman ni....: kampung-sadang.decimalp.com

...masih dalam pembangunan....akan mengambil sedikit masa lagi untuk disiapkan......adiooos.
Anonymous said…
....sori....alamat laman tu ialah: http://kampung-sadang.decimalp.biz

Popular posts from this blog

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Pengumuman!!

Laman ini mungkin akan menjadi laman secondary sebab laman portal: kg-sadang.decimalp.biz telah selamat dilancarkan. Laman ini dibangunkan dengan menggunakan Open source technology. Keunikan OST ini memberi banyak ruang untuk dikembangkan. Sebenarnya ada banyak enjin portal yang menggunakan OST tetapi tak semua sama dari segi features dan keupayaannya untuk menampung sejumlah data yang besar. Server yang digunakan oleh laman ini mempunyai kapasiti yang besar. Menggunakan Intel Itanium 64bit, sistem operasi Redhat Server Enterprise nampak sangat stabil serta virus free. So kalau kekawan yang dah lawat laman ini, silalah pula melawat laman baru kita iaitu: kg-sadang.decimalp.biz TQ.......adiossss.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.