Skip to main content

Laman SADANG Kembali!!

Assalamualaikum semua. Setelah berhempas pulas selama lebih 2 minggu, laman sadang yang baru berjaya dibangunkan semula. Ada beberapa section yang aku masih mengumpul data sebelum ia bersedia untuk dimasukkan pada laman ni.

Untuk perhatian kekawan, laman ni direka dengan lebih kemas dan teratur dari segi script nya serta hirakinya. Oleh itu kekawan akan mendapati laman ni lebih mudah untuk dilayari daripada sebelumnya.

So, pengajarannya adalah kita seharusnya bersedia dalam apa jua cara sekali walaupun kita rasa tahap selamat telah kita capai....wallahualam......adiiiioooos.

Alamat baru tersebut ialah:

Comments

Anonymous said…
Nak Buat Duit Dgn Internet.
Malin,
Aku ada juga dapat benda2 (laman WEB) yang kononnya boleh menambah pendapatan. Contohnya http://www.freewebs.com/nfabiz/pendaftaran.htm

Engkau sebagai seorang yang sudah biasa dan mahir dalam bidang ini apakah ada kebenaran seperti yang terdapat dalam laman WEB tersebut. Harap boleh ADVIsE aku tentang ini semua.

Ardios......

Dol
Anonymous said…
Kalau aku nak buat rumusan...kebanyakan daripada laman-laman macam ni lebih bersifat opportunist. Kepada sesiapa yang terbaca iklan-iklan macam ni kat internet...janganlah terpengaruh. Tak ada satupun jalan yang mudah untuk mencari rezeki...mesti ada usaha yang nyata.

Kebenaran iklan ni terlalu kabur tetapi mempunyai rantaian yang sangat panjang [bermakna ramai yg dah terjebak]. Oleh itu...pikir masak-masak sebelum buat sesuatu....kalau aku,....lebih baik buat sesuatu yang lebih nyata.

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

Geng Sadang Kat KL

Aku kekadang musykil gak sebab aku dengar ramai yang bermastautin di sini tapi macam tak de. Ramai buat hal masing-masing. Alangkah baiknya jika bulan baik ni kita adakan perjumpaan kat kolumpo ni. So kekawan boleh ler dapat mengetahui perkembangan semasa serta aktiviti sahabat-sahabat. Bukan nak menyibuk tetapi for update only. Manatau kut-kut ader emergency kita boleh meyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Video itu hari aku masih belum ader kesempatan untuk menyuntingnya sebab ader banyak dateline yang lain. Insyaalah once the dateline completed, aku akan upload ke server. For yr info server yang aku selalu update foto tu sedang dalam maintenance, so buat masa ni dia offline, but aku akan cuba cari alterntive yang lain. Ok,,,caiyooo!!.