Skip to main content

Farewell 2011

Tahun 2011 yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi rasanya mengandungi terlalu banyak episod-episod survival yang penuh cabaran.

Tahun yang bermula dengan tenang telah beransur-ansur bergelombang dalam suasana yang tidak menentukan.

Anak sulung ku telahpun menjejakkan kakinya ke UITM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan setelah mendapat keputusan yang cemerlang (10 A+) dalam peperiksaan SPM dan baru-baru ini pula anak kedua hanya mencatatkan keputusan 3A 5B dalam peperiksaan PMR. Bagaimanapun aku bersyukur rezeki ku masih mampu menampung pelajaran mereka walaupun kadang-kadang hanya cukup makan je.

Tahun 2012 pada ku masih agak samar-samar. Perancangan projek kelihatan terlalu banyak rintangannya. Bagaimana harus aku tempuhi semua itu? Kepada Allah swt, aku memohon kepada MU, Ampunkan dosa-dosa ku, kurniakanlah rezeki kepada ku supaya aku dapat membantu diri ku dan keluarga sekali lagi agar dapat mengharungi lautan dengan kudrat dan akal fikiran yang dikurniakan Allah swt kepada ku. Berkatilah usaha-usaha ku Ya Allah. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Ikan Tapah, Pak Kaduk dan orang Lambor

Ikan Tapah Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita, cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak ...

Abg Tahir kata kita buat perjumpaan di Sadang

Haa, aku try to updated this blog daily, but this could not happen during the festive season. Ok, Abg Tahir kata baik kita buat je perjumpaan kat kampung. At least pada masa tu mungkin ramai yang akan hadir bersembahyang raya. So after sembahyang we can gather somewhere. Haa,...to RANJAURIAN, what are waiting for, get close contact among everybody. For yr info, Key beraya kat Johor tahun ni, Keram kata dia akan balik kejap, Kader mamak lost contact, One pun tak dapat contact, Hassan Mat Ali..ntah,...Jun Tabun...up to now belum lagi dapat....yang lain-lain tu if you wanted to give any ideas,...please share it here. Thank you.

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!