Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2006

Malam PERAKEAN

Assalamulaikum. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk bersama dalam majlis rasmi PERAKEAN yang diadakan baru-baru ni di ibukota. Majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan Azlan, Nazrin dan Raja diHilir jelas menunjukkan sokongan keluarga ini kepada sebuah persatuan yang rata-rata ahlinya berkedudukan tinggi. Aku berada di sana adalah di atas jemputan seorang sahabat. Kalau tidak kerana jemputan itu mungkin aku tidak akan dapat menghadirkan diri kerana setiap jemputan dikhendaki 'membeli meja' yang berharga paling rendah pada sekitar RM1000. Oleh kerana jarak meja yang aku duduk itu tidak jauh daripada Tuanku, maka amat jelas pandangan yang dapat aku lihat keluarga diraja tersebut. Begitu juga dengan dif-dif kehormat yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang berstatus tinggi. Majlis tersebut antara lain adalah untuk meraikan sempana harijadi tuanku. Antara artis-artis yang hadir termasuk Siti Norhaliza, Azharina dan juga perserta daripada AF3 manakala MC pada malam itu adal...

Pengumpulan maklumat.

Aku sedang berusaha untuk mengumpul maklumat peribadi bagi setiap isirumah yang menetap atau yang pernah menetap di Kampung Sadang. Buat masa ini jangkauan ke arah itu amat terhad. Ini adalah kerana buat masa ni, sumber yang dapat menyumbang tidak dapat mengingati keseluruhan senarai penduduk. Jika ada kekawan yang dapat menyumbang maklumat ini, sekali lagi aku minta supaya pos kan maklumat tersebut di sini. Semoga usaha kita ini kelak akan dapat dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.......adiiiiooos.

Laman SADANG Kembali!!

Assalamualaikum semua. Setelah berhempas pulas selama lebih 2 minggu, laman sadang yang baru berjaya dibangunkan semula. Ada beberapa section yang aku masih mengumpul data sebelum ia bersedia untuk dimasukkan pada laman ni. Untuk perhatian kekawan, laman ni direka dengan lebih kemas dan teratur dari segi script nya serta hirakinya. Oleh itu kekawan akan mendapati laman ni lebih mudah untuk dilayari daripada sebelumnya. So, pengajarannya adalah kita seharusnya bersedia dalam apa jua cara sekali walaupun kita rasa tahap selamat telah kita capai....wallahualam......adiiiioooos. Alamat baru tersebut ialah: kampung-sadang.decimalp.biz