Skip to main content

Video Iskandarian Telahpun Siap.

Hmmm, tak taulah punya lama aku cuba curi masa untuk edit video ni. Secara keseluruhannya event masa tu aku dapat cover dengan current footages yang ada....but aku combine gak dengan koleksi gambar-gambar lama untuk sentimental touch.

Banyak juga PIP teknik yang aku guna untuk jimatkan masa tayangan. Kalau nak calculate masa sebenar aku rase mau drag sampai 45 min. Jadi end product yang dapat aku produce hanya selama 18 min.

Shot MB dan Guru besar berucap aku cut banyak juga tetapi aku retain fakta yang penting tapi shot MB tu aku pakai SMIS punya footage.....adoi tak dapat komen sangat...aku tak tau dia fokus apa.

Light intesity aku rasa cukup cuma 3ccd Sony camera yang aku pakai tak boleh guna digital zoom....so aku go at 10X optical zoom je.....hmmmm, hasilnya not bad compare to home video DV punya camera.

Masa time diaorang semua tengah makan tu aku dah takleh control sebab tetiba je aku sakit perut. Member ajak makan...aku hilang selera...perut memulas-mulas. Kat atas meja je tu aku tengok udang galah besar-besar...masak goreng kunyit....masak tempoyak...adoi semua orang tunduk melayan selera masing-masing...tapi aku dok pegang kamera...kaki rasa kebas....sebutir nasipun aku tak jamah.

Hmmm, apa nak buat dah tak rezeki. Bagaimanapun aku puas hati video ni akhirnya siap juga....so Raya Haji ni aku akan berikan satu salinan pada Wan untuk dia buat replication.....adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengumuman

Insyaallah, maybe this month baru aku dapat enriched suma content dalam laman ni. Company aku akan subscribe new Linux server yang berkapasiti 10GB. Aku juga akan dapat 10 new domain dan offcourse unlimited sub-domain. So senang skit nak organise...tak ler takut lagi kena sabotaj. Bukan apa...penat rasa kita dok kumpul data...pastu senang-senang je kena delete. So I plan nak masukkan selain maklumat tentang Kampung kita,...aku juga akan masukkan klip video supaya suma kekawan kat luar dapat tengok beberapa koleksi yang ada aku simpan. Dalam pada tu aku juga akan cuba dapatkan data terkini mengenai apa saja yang berkaitan dengan kampung kita...insyallah....harap bersabo!!

Pengumuman!!

Laman ini mungkin akan menjadi laman secondary sebab laman portal: kg-sadang.decimalp.biz telah selamat dilancarkan. Laman ini dibangunkan dengan menggunakan Open source technology. Keunikan OST ini memberi banyak ruang untuk dikembangkan. Sebenarnya ada banyak enjin portal yang menggunakan OST tetapi tak semua sama dari segi features dan keupayaannya untuk menampung sejumlah data yang besar. Server yang digunakan oleh laman ini mempunyai kapasiti yang besar. Menggunakan Intel Itanium 64bit, sistem operasi Redhat Server Enterprise nampak sangat stabil serta virus free. So kalau kekawan yang dah lawat laman ini, silalah pula melawat laman baru kita iaitu: kg-sadang.decimalp.biz TQ.......adiossss.

Sejarah Parit dan asal usul nama Parit

Mengikut sumber dari penghulu kampung Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit. Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan org Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal di tebing Sungai Perak. Penduduk asal dalam di Daerah Parit didalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke semenanjung malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.