Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum. Seperti biasa, dah hampir 4 tahun tak balik kampung untuk raya ni.  Bukan tak nak balik, tapi sejak jadi AJK Kebajikan Surau, aku kena menguruskan kerja-kerja yang telah dipersetujui dalam mesyuarat AJK. Tahun ni, lima ekor lembu akan dikorbankan.  Jika tiada aral, segalanya akan berlangsung dengan lancar esok.  Lembu pertama akan siap sebelum pukul 11am.  Pada masa tu, batch pertama sup tulang dah boleh dimakan dan dibahagikan.   Menurut statistik penduduk taman pada tahun ni adalah seramai 350 orang dan yang layak terima daging korban adalah seramai lebih kurang 300 orang. Tahun ni pengerusi surau ada kat Mekah, so AJK kena kerja lebih kuat. Oklah....nanti kalau senang aku sambung lagi. 

Kembali Setelah Berehat Hampir 2 Tahun.

Assalamualikum, Pertama, aku nak beritahu sebenarnya aku dah lost password dan username laman ni sebab masa tu aku jadi web master untuk banyak laman web.  Mula-mula aku rasa aku boleh ingatlaman sendiri punya akses, tapi bila dah terlalu lama dan terlalu sibuk, aku jadi lupa./ Dan saat yang paling menyedihkan bila laman "kampungsadang" telah expired, kebetulan lak pada masa tu sibuk dengan hal lain.  Akibatnya domain dan databasenya telah digantung dan dipadamkan. So tinggal sejarah, now, aku akan terus gunakan laman ni untuk update information.  Itu hari Berahin Ban ada bgitau, Cikgu Melukut dan kembali ke Rahmatullah.......Al-Fatihah. Sekian.